Oleh: EKOK AMIN

TIGA lelaki maut selepas kenderaan yang dinaiki terbabas di Jalan Lintas Sibuga Sandakan, pada pagi Isnin.
Insiden mengerikan itu berlaku kira-kira jam 11.30 pagi waktu tempatan.
Identiti ketiga tiga mangsa masih belum dikenalpasti dan disahkan meninggal oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung memberitahu dalam satu kenyataan, jabatannya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 11.40 pagi.
Katanya, seramai lapan anggota dari BBP Sandakan dikejar ke lokasi kejadian.
“Kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Proton Saga FLX terbabas sendiri di bahu jalan.
“Terdapat tiga mangsa terlibat dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya.
Jimmy memberitahu, dua mangsa dikeluarkan dan dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba.
“Seorang lagi mangsa tersepit dikeluarkan oleh pasukan bomba dan diserahkan kepada pihak kesihatan dan polis untuk tindakan selanjutnya.
![]()