Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Kapal angkasa China rakam gambar keseluruhan planet Marikh

0

BEIJING: Selepas mengelilingi planet Marikh lebih 1,300 kali sejak awal tahun lalu, akhirnya sebuah kapal angkasa China berjaya memperoleh data melibatkan seluruh Marikh, termasuk visual kutub selatannya.

Menurut media milik kerajaan China, kapal angkasa Tianwen-1 China yang dikemudi tanpa kru berjaya ‘menakluki’ planet merah itu pada Februari 2021 dalam misi sulung negara berkenaan ke Marikh.

Sejak itu, sebuah jentera robotik digunakan di permukaan ketika pengorbit meninjau planet terbabit dari angkasa.

Antara imej yang diambil adalah gambar pertama milik China di kutub selatan Marikh, di mana hampir semua sumber air di planet ini tertutup.

Pada 2018, siasatan orbit yang dikendalikan oleh Agensi Angkasa Eropah menemui air di bawah ais kutub selatan planet itu.

Pengesanan air di bawah permukaan adalah faktor utama untuk menentukan potensi planet bagi menampung kehidupan serta menyediakan sumber kekal untuk sebarang penerokaan manusia di sana.

Imej lain yang diperoleh Tianwen-1 ialah gambar gaung Valles Marineris sepanjang 4,000 kilometer dan kawah kesan hentaman tanah tinggi di utara Marikh yang dikenali sebagai Arabia Terra.

Tianwen-1 juga menghantar semula imej dengan resolusi tinggi membabitkan di hujung kawah Maunder yang luas, serta pemandangan bahagian atas Ascraeus Mons 18,000 meter, gunung berapi perisai besar yang pertama kali dikesan oleh kapal angkasa Mariner 9 NASA lebih lima dekad yang lalu – REUTERS

 

 46 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.