Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Kassim dilantik penasihat kejohanan piala Sabah 2022

0

Oleh DG HENRY

KETUA Setiausaha Politik Ketua Menteri, Datuk Kassim Razali dilantik sebagai penasihat Kejohanan Piala Sabah 2022 merebut piala sumbangan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Azman Mastar mengumumkan perlantikan itu di sini, pada Khamis.

Kata beliau, jawatankuasa itu berterima kasih kepada Kassim kerana sudi menerima pelantikannya sebagai penasihat kejohanan berkenaan.

Grand final kejohanan itu akan berlangsung di Kota Kinabalu pada 23-27 Mac ini membabitkan lapan zon dari seluruh negeri terdiri dari Pantai Barat Utara, Pantai Barat Timur, Pantai Barat, Pantai Barat Selatan, Pantai Timur Utara, Zon Tengah, Pedalaman Atas dan Pantai Timur Selatan.

Azman yang juga Penolong Setiausaha Agung SAFA, berkata kejohanan Piala Sabah peringkat zon sedang berlangsung ketika untuk mewakili pasukan yang akan mewakili zon masing-masing nanti.

“Pertandingan di peringkat zon ketika ini berjalan lancar dan pihak jawatankuasa induk pertandingan sentiasa melakukan pemantauan di setiap zon agar ia dapat diadakan dengan jayanya,” ujar beliau.

Azman berkata, perlawanan akhir Piala Sabah akan berlangsung di Stadium Likas di sini pada 27 Mac ini.

Menurutnya, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor sendiri dijangka akan melakukan upacara penutupan kejohanan itu selain akan turut dihadiri Presiden SAFA, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin dan Ahli Majlis Tertinggi SAFA.

Beliau menambah, Piala Sabah merupakan kejohanan terbesar kedua dianjurkan SAFA selepas kejayaan Kejohanan Piala BMR B18 tahun akhir tahun lepas.

“SAFA juga merancang untuk menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Antara Kelab dan Piala SAFA tahun ini,” kata Azman.

Beliau berharap kedua-dua kejohanan berkenaan akan dapat direalisasikan sekiranya tidak menghadapi sebarang kekangan.

 663 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.