Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Misi matahari: Aditya-L1 dijangka tiba destinasi terakhir beberapa jam lagi

0

NEW DELHI: Kapal angkasa Aditya-L1 yang dilancarkan untuk mengkaji matahari, dijangka sampai ke destinasi terakhirnya dalam masa beberapa jam lagi.

Lapor BBC, Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO) akan cuba menempatkan kapal Aditya-L1 pada kedudukan ditentukan di angkasa yang membolehkannya terus memerhati matahari.

Misi solar pertama yang dilancarkan negara Asia Selatan itu sudah memulakan perjalanan ke arah pusat sistem suria selama empat bulan sejak berlepas pada 2 September tahun lalu.

Kapal Aditya-L2 dilancarkan beberapa hari selepas India menjadi negara pertama mendaratkan kenderaan robotik Chandrayaan-3 di kutub selatan bulan, bahagian belum pernah diterokai, pada Ogos tahun lalu.

Seorang pegawai ISRO memaklumkan bahawa `gerakan terakhir’ akan dilakukan pada hari ini untuk menempatkan kapal Aditya di orbit L1.

Pengarah ISRO, S. Somanath berkata, pasukannya akan menempatkan kapal angkasa itu di orbit dan kadang-kala perlu melakukan lebih banyak gerakan agar Aditya L-1 kekal berada di kedudukannya.

Sebaik sahaja kapal Aditya-L1 sampai di `lokasi ditetapkan’, ia akan dapat mengelilingi matahari pada kadar yang sama seperti bumi.

Dari kedudukan itu, kapal angkasa berkenaan dapat memerhati matahari secara berterusan walaupun semasa gerhana, dan menjalankan kajian saintifik.

Dilaporkan, kapal angkasa Aditya-L1 tidak akan mendarat mahupun menghampiri matahari pada jarak dekat.

Ia hanya akan berada pada kedudukan kira-kira 1.5 juta kilometer dari bumi menghala ke arah matahari iaitu kira-kira satu peratus daripada jarak bumi dan matahari serta mengkaji atmosfera luar sistem suria tersebut.

 

 64 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.