Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Netanyahu akan dibicara sebagai penjenayah perang – Erdogan

0

ISTANBUL: Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu akan dibicarakan sebagai penjenayah perang kerana pembunuhan orang awam berterusan di Semenanjung Gaza.

Perkara itu dinyatakan oleh Presiden Turkiye, Tayyip Erdogan ketika mesyuarat jawatankuasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), di sini.

Beliau turut menegaskan, Gaza ialah tanah Palestin dan akan terus menjadi milik keturunan Palestin.

Erdogan merupakan seorang daripada pemimpin negara Islam yang paling lantang mengutuk kekejaman Zionis di Palestin, termasuk Netanyahu.

Beliau menyatakan apa yang dilakukan oleh Zionis di Gaza jelas adalah jenayah perang yang diketuai oleh Netanyahu.

 186 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.