Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Pantai Barat Selatan jumpa Zon Tengah, Pedalaman Atas lawan Pantai Timur Utara di separuh akhir Piala BMR

0
Kedudukan mata Kumpulan A

PASUKAN Pantai Barat Selatan akan berentap Zon Tengah dalam perlawanan separuh akhir Kejohanan Bola Sepaka SAFA Piala BMR B18 2021 di padang sintetik Likas pada pagi esok (Ahad), mulai jam 8.00 pagi.

Kedudukan mata Kumpulan B

Manakala Pedalaman Atas akan bertemu Pantai Timur Utara dalam satu lagi perlawanan separuh akhir di Stadium Penampang

juga pagi esok, waktu yang sama.

Pantai Barat Selatan mengutip tujuh mata menduduki tangga teratas Kumpulan A dan Pedalaman Atas menduduki tempat teratas Kumpulan B dengan mengumpul lima mata.

Pantai Barat Selatan

Pantai Timur Utara menduduki tangga kedua dalam Kumpulan A dengan mengumpul empat mata manakala Zon Tengah juga mengutip empat mata di tempat kedua Kumpulan B.

Zon Tengah

Dalam perlawanan peringkat kumpulan pagi ini, Pantai Barat berkongsi mata dengan Pantai Barat Timur selepas seri 1-1 di Stadium Penampang dan dalam satu lagi perlawanan di venue yang sama, Pantai Barat Selatan menang ke atas Pantai Timur Utara.

Di padang sintetik UMS, Pantai Barat Utara seri 0-0 dengan Pedalaman Atas dan Pantai Timur Selatan mengalahkan Zon Tengah 1-0.

Pedalaman Atas

Pemenang bagi perlawanan pagi esok (Ahad) akan mara ke perlawanan akhir yang akan berlangsung di Stadium Likas, jam 7.00 malam.

Manakala pasukan yang kalah di separuh akhir akan merebut tempat ketiga di mana perlawanan akan diadakan di padang sintetik Likas, jam 3.00 petang.

Juara kejohanan ini akan menerima hadiah wang tunai RM30,000.00, sebuah piala rebutan, piala pusingan dan trofi.

Manakala naib juara akan membawa pulang wang tunai RM20,000.00, piala dan trofi dan tempat ketiga akan menerima wang tunai RM15,000.00. piala dan trofi.

Pemenang tempat keempat turut menerima hadiah wang tunai RM5,000, piala dan trofi.

Kejohanan yang pertama kali diadakan itu akan memilih seramai 60 pemain yang berbakat yang akan dikenal pasti oleh panel pemilih yang diketuai Pengarah Teknikal SAFA, Omar Maya Amat. – Oleh: DG HENRY

 867 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.