WAKIL Rakyat Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin berharap supaya bajet negeri 2022 pada 3 Disember ini menjadi instrumen penting untuk pemulihan negeri secara holistik.
“Harapan saya supaya peruntukan pembangunan khususnya kawasan luar bandar ditingkatkan .. banyak keperluar mendesak di kampung-kampung yang terabai sejak dulu lagi .. peruntukan tidak mencukupi dan rakyat sangat memerlukan pembangunan,”
“Saya percaya kerajaan GRS (Gabungan Rakyat Sabah) dapat memberikan pembangunan kepada penduduk luar bandar,” Katanya.
Robert ditemui selepas merasmikan Pertandingan Bo;a Sepak Piala Wakil Rakyat Bingkor di Bingkor (Sabah, Malaysia) pada Sabtu.
Beliau turut mahu supaya bajet negeri 2022 memberikan peruntukan yang lebih besar kepada pembangunan belia di negeri ini.
Mengenai pertandingan itu, Robert berkata, sambutannya sangat menggalakkan dan mendapat penyertaan sebanyak 63 pasukan di seluruh negeri.
Pertandingan yang julung kali dianjurkan itu dimenangi oleh Pasukan Deep Borneo.
Mengenai kemelut jalan runtuh KM 14 Jalan Keningau Apin-Apin, Robert yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor, menegur agar pemilik konsesi itu dapat melaksanakan pembinaan dengan segera.
“Harapan saya, kalau kontraktor berjanji minggu depan harap dapat ditunaikan minggu depan .. sebab beberapa kali sudah kita dijanjikan,”.
“Minggu depan .. minggu depan .. minggu depan .. hapan saya supaya janji dapat ditunaikan .. dan dilipatgandakan usaha untuk menyiapkan”.
“Kelmarin (Jumaat) saya meninjau lokasi itu dan perlaksanaan sedang berjalan dengan lancer,” katanya. – Oleh: EKOK AMIN