KENINGAU (Sabah, Malaysia): Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Athur Joseph Kurup berkata, parti itu memberi layanan yang seimbang kepada semua agama di negeri ini.
“Perayaan Krismas kita menyalurkan peruntukan kepada gereja-gereja, dan ketika umat Islam menyambut bulan Ramadan kita juga menyalurkan peruntukan yang diperlukan,” katanya ketika menyampaikan sumbangan kepada 28 buah gereja di lapan buah kampong dalam kawasan Parlimen Pensiangan di sini baru-baru ini.
Di majlis itu Arthur menyampaikan RM30,000.00, dan menjelaskan ia merupakan sumbangan tahunan kepada gereja-gereja setip kali menjelang perayaan Krismas.
Sebelum itu beliau menyampaikan RM5,000.00 kepada pengurusan Mesjid Sook untuk membiayai Majlis Khatan.
Arthur yang merupakan Ikon Transformasi Nasional (TN50) mengingatkan rakyat di kawasan Parlimen Pnsiangan agar memperkukuhkan perpaduan yang sedia ada, selain menjadikan sambutan perayaan sebagai jambatan untuk mempereratkan silaturahim sesama mereka.
“Kita sangat bertuah kerana hidup harmoni bersama pelbagai etnik dan anutan agama yang berbeza,” katanya.
Hadir menerima sumbangan di majlis itu, Pastor Jeffry Kong (Anglikan St Margeret Keningau), Alex Ampakat (Pengerusi Baptis Gereja Kg Nagkawangan), dan Pdt. Bing Bakampil (Paroki BCCM Pagalungan mewakili 15 gereja kawasan BCCM).