Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Pemburu haiwan liar maut ditembak

0

CAPE TOWN: Seorang pemburu prolifik yang membunuh haiwan terancam seperti singa, zirafah dan gajah dilaporkan maut ditembak oleh perompak di wilayah Limpopo, Afrika Selatan.

Lapor Daily Mail, Riaan Naude, 55, ditembak oleh dua lelaki dari jarak jauh selepas trak mangsa diparkir di tepi jalan akibat rosak.

Naude mengendalikan syarikat Pro Hunt Africa yang berteraskan `pemburuan eko’ dan berkongsi gambar mengerikan yang memaparkan haiwan terancam mati.

Mayat Naude ditemukan di sebelah trak Toyota miliknya dengan kesan tembakan di bahagian kepala.

Menurut saksi, ketika kejadian, dua lelaki keluar dari kereta Nissan lalu menembak mangsa di bahagian kepala dan mencuri sepucuk pistol serta melarikan diri.

Beberapa barangan lain seperti dua senapang memburu, pakaian dan kartrij pistol ditemukan bersebelahan mayat Naude.

Sementara itu, jurucakap polis, Leftenan Kolonel Mamphaswa Seabi berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti motif pembunuhan.

“Lelaki itu ditemukan dalam keadaan terlentang dengan kesan darah di kepala dan mukanya.

“Motif serangan dan pembunuhan belum diketahui,” katanya.

Seorang penduduk tempatan mendakwa terdengar bunyi tembakan dan melihat sebuah kereta Nissan memecut laju ke arah bandar Marken, Afrika Selatan.

 

 

 

 

 

 

 144 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.