Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Pemimpin EU beri sokongan pada Zelenskiy susulan AS beku bantuan

0

BRUSSELS: Pemimpin Eropah hari ini menyuarakan hasrat menyokong langkah berani bagi meningkatkan perbelanjaan pertahanan kepada Ukraine dan berjanji memberi sokongan kepada negara itu.

Ia berikutan penggantungan bantuan ketenteraan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, kepada Kyiv yang mencetuskan kebimbangan benua itu tidak lagi dapat bergantung kepada perlindungan AS.

Pemimpin 27 negara Kesatuan Eropah (EU) akan bersama Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy pada sidang kemuncak di Brussels, walaupun solidariti mereka mungkin tergugat kerana negara seperti Hungary enggan menyokong kenyataan sokongan ke atas Kyiv.

Pertemuan itu berlangsung dalam keadaan diselubungi keputusan dasar pertahanan yang dramatik, didorong kebimbangan Russia, berasaskan perangnya di Ukraine, mungkin menyerang negara EU pula, selain Eropah tidak boleh terus bergantung kepada bantuan AS.

Presiden AS, Donald Trump, menegaskan beliau komited kepada pakatan keselamatan pemimpin Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang menghubungkan Amerika Utara dan Eropah.

Bagaimanapun, kata Trump, Eropah mesti mengambil lebih banyak tanggungjawab untuk keselamatannya dan sebelum ini memberitahu AS tidak akan melindungi sekutu NATO yang tidak berbelanja sebagaimana diperlukan untuk tujuan pertahanan.

“Keputusannya untuk beralih daripada sokongan teguh AS terhadap Ukraine kepada pendirian yang lebih menjurus ke arah perdamaian terhadap Moscow membimbangkan orang Eropah yang melihat Russia sebagai ancaman terbesar kepada keselamatan mereka.

“Saya mahu percaya bahawa AS akan menyokong kita, tetapi kita perlu bersedia jika itu tidak berlaku,” kata Presiden Perancis, Emmanuel Macron, mengenai perang di Ukraine dalam ucapan mewakili negara itu pada malam sebelum sidang kemuncak terbabit.

Macron berkata, Perancis terbuka untuk membincangkan peluasan perlindungan yang ditawarkan melalui senjata nuklearnya kepada rakan kongsi Eropah yang lain.

Pada Selasa, pihak yang menyasarkan membentuk kerajaan Jerman seterusnya bersetuju melonggarkan had pinjaman untuk membenarkan berbilion euro perbelanjaan pertahanan tambahan.

Suruhanjaya Eropah yang juga badan eksekutif EU turut mendedahkan cadangan yang dikatakan boleh menggerakkan sehingga 800 bilion euro (RM3.82 trilion) untuk pertahanan Eropah.

Antaranya termasuk rancangan untuk meminjam sehingga 150 bilion euro (RM716.4 bilion) bagi disalurkan kepada kerajaan EU. – REUTERS

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.