Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Pengisian Program Jerayawara MUTIARA GRS, LPPKN Sabah dipelbagaikan

0

SELEPAS membawa isu berkaitan kesihatan khususnya dalam kalangan wanita, Program Jerayawara siri penjelajahan keempat di Zon Keningau kali ini memfokuskan kepada Program Pendidikan Keselamatan Keluarga dan Anak atau PEKA.

Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), berkata program jerayawara kali ini memfokuskan kepada PEKA yang berkaitan aspek pendidikan keselamatan keluarga dan anak.

Menerusi program ini katanya, ia dapat memberi pendidikan, pendedahan dan kesedaran dalam kalangan ibu bapa, penjaga serta masyarakat tentang isu keselamatan anak, pencegahan kemalangan, kemahiran menyelamat dan asas rawatan kecemasan serta kepentingan menjaga keselamatan keluarga di alam siber. “Soal keselamatan keluarga tidak boleh dipandang remeh kerana hari ini pelbagai indikator digunakan oleh penjenayah untuk menganggu gugat serta mengancam keselamatan keluarga.

“Ini termasuklah melalui aplikasi WhatsApp, panggilan telefon, pertemuan alam maya menerusi media sosial seperti Facebook, twitter, instagram dan segala bentuk aplikasi sosial yang boleh menghubungkan kita dengan orang yang tidak dikenali.

“Perkongsian daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang memfokuskan tentang keselamatan atas talian serta demo CPR (bantuan pernafasan) sebagai tindakan awal menyelamatkan seseorang sekiranya berlaku kecemasan di rumah, adalah satu pengisian yang amat penting,” katanya ketika merasmikan Program Jerayawara Keluarga Malaysia PEKA @LPPKN Zon Keningau bagi DUN Bingkor dan DUN Liawan sempena Sambutan Hari Bapa di Dewan Terbuka Taman Bandukan Bingkor, di sini pada Selasa.

Program ini adalah kerjasama antara MUTIARA GRS dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Sabah. Sehubungan itu Juliah berharap semua ilmu yang diperoleh pada hari ini akan menjadikan ibu bapa lebih sensitif, berwaspada dan meningkatkan keselamatan anak di mana sahaja mereka bagi mengelak menjadi sasaran penjenayah

 711 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.