Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Wakil Rakyat Tulid Hadiri Program CEKAP

0

PEMBANTU Menteri II Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) Flovia Ng menghadiri majlis penutupan program CEKAP (Cemerlang, Efektif, Kerjasama, Amanah, Progresif oleh Menteri KPMKR Datuk Ir Shahelmey Yahya bersama Pembantu Menteri I KPMKR, Datuk Julita Mojungki, pada selasa.

Program yang dianjurkan bersama antara KPMKR dan  Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) negeri Sabah di mana Datuk Ir Shahelmey adalah Pengerusi PEMADAM negeri Sabah telah berlangsung di Dewan Persidangan Wisma Tun Fuad Stephen Karamunsing di ibu kota.

Tujuan program adalah untuk menyebarkan kesedaran di kalangan kakitangan kerajaan khususnya KPMKR mengenai permasalahan sosial dadah, arak, rokok, vape, inhalan, dan HIV (DARVIH).

Hadirin telah mendengar ceramah mengenai DARVIH oleh Prof. Dr Balan Rathakrishnan dari Fakulti Psikologi dan Pendidikan Universiti Malaysia Sabah.

Mereka juga telah mendengar ceramah Motivasi Perkembangan Kendiri oleh Dr Hajah Ananglangka Mad Kassim.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.