Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Persahabatan PVATM dengan Frenz Mix di Keningau

0
Ketua-dua ketua pasukan bertukar cendera kenangan sebelum beraksi di padang.

BUKAN untuk mengejar kemenangan tetapi persahabatan, demikian kenyataan bersama ketua pasukan Persatuan Vateran Agkatan Tentera Malaysia (PVATM) Keningau dengan Frenz Miz kepada Sukan The Borneo Digest.

Kedua-dua pasukan itu bertemu di padang Kompleks Sukan Keningau pada Sabtu, menyaksikan pasukan Frenz Miz dari Kota Kinabalu menumpaskan pasukan tuan rumah.

“Pertemuan ini lebih berbentuk memperkasakan silaturahim,” jelas kenyataan itu dan mahu supaya pemain yang beraksi menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

Dalam satu kenyataan berasingan PVATM memberitahu bahawa pertemuan dengan Frenz Mix merupakan penilaian pemain yang bakal mewakili persatuan itu ke pertandingan bola sepak piala Wakil Rakyat Bingkor Datuk Robert Tawik pada pertengahan November ini.

Hari ini (Sabtu) kita berjaya mengintai pemain berpotensi yang boleh diserap untuk mengalas cabaran PVATM ke pertandingan itu, jelas ketua pasukan persatuan itu. – Oleh: EKOK AMIN

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.