Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Persatuan media Sandakan dapat pujian

0

USAHA Persatuan Media Sandakan, Sabah (PEMASSA) membekalkan pelitup muka kepada semua pengamal media di daerah yang bertugas di barisan hadapan  mendapat pujian dari Kapitan Cina Gum Gum Johnny Yek.

Mesej ini disampaikan oleh Yek kepada pengerusi PEMASSA dan Kapitan Cina Elopura James Leong semasa kunjungan kehormat di pejabat Yek di Batu 8 Jalan Labuk pada hari Sabtu.

Ini menunjukkan keprihatinan PEMASSA dibawah pimpinan James Leong terhadap keselamatan serta kebajikan pengamal media di Sandakan khususnya ahli-ahli persatuan beliau, kata Yek.

Saya turut difahamkan bahawa semua ahli PEMASSA mendapat pelindungan insuran “Personal Accident” bermula tahun ini, kata Yek lagi.

Yek kata beliau menghargai pengorbanan pengamal media kerana sentiasa berada di barisan hadapan untuk melapor berita sahih kepada masyarakat umum dan sumbangan pelitup muka beliau untuk PEMASSA adalah sebagai tanda“terima kasih”.

Sementara itu,James Leong mengucapkan terima kasih kepada Yek kerana sudi meluangkan masa untuk menerima kunjungan kehormat dan juga sumbangan pelitup muka yang diberi kepada PEMASSA.

Selaku pengerusi persatuan media di Sandakan, saya sentiasa memberi keutamaan terhadap keselamatan dan kebajikan ahli-ahli persatuan kerana pengamal media terdedah kepada pelbagai risiko dalam tugasan harian mereka, kata James .

James turut mengambil kesempatan untuk menzahirkan ucapan terima kasih kepada wakil-wakil rakyat serta individu-individu yang telah membantu PEMASSA menjayakan objektif persatuan.- Oleh: JOHARY INDAN.

 133 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.