Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Pelan pembangunan Keningau intipati perbincangan bersama DO — Datuk Robert

0

PEMBANTU Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, masalah kesesakan lalu lintas bandar Keningau, antara perkara penting yang beliau tekankan dalam perbincangan bersama  Pegawai Daerah Keningau pada Jumaat.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Bingkor Junior Fred Vincent (tengah) yang mewakili Robert menyampaikan bantuan zink kepada anak Joyah Bangad

“Dalam perbincangan kami (Pegawai Daerah Keningau) menyentuh mengenai naiktaraf Majlis Daerah Kningau kepada Majlis Perbandaran,”.

“.. Perbincangan berkisar mengenai pembangunan daerah Keningau khususnya kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor,” Katanya kepada media selepas melakukan kunjungan hormat kepada Pegawai Daerah Keningau, Walter Kenson pada Jumaat.

Robert yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor berkata, pelan pembangunan pekan Bingkor dan Apin-Apin turut dibangkitkan dalam perbincangan bersama dengan Pegawai Daerah Keningau itu.

Terdahulu dalam satu majlis berasingan, Robert menyampaikan sumbangan zink kepada Joyah Bangad di Kg. Pogun Antolob, Bingkor.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.