Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Presiden Ukraine kecewa bantuan Barat tiba selepas perang meletus

0

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy sekali lagi mengulangi ‘kekecewaannya’ terhadap bantuan atau sokongan Barat yang disifatkan terlalu lambat sehingga menyebabkan Rusia menyerang negara ini.

Menerusi satu video yang dimuat naik, Zelenskyy menyatakan, sokongan dan bantuan dari Barat hanya ‘diterima’ selepas Rusia menceroboh negara ini.

“Alangkah bagusnya jika bantuan serta sokongan Barat diberikan kepada Ukraine sebelum Rusia menyerang.

“Sekarang semuanya sudah terlambat, tidak kira apa sekatan yang dikenakan pada Rusia, mereka sudah pun menceroboh Ukraine,” katanya.

Zelenskyy turut merayu lebih banyak bantuan diberikan segera kepada Ukraine ketika tentera Rusia meneruskan kemaraan.

Pemimpin itu menegaskan, sekatan yang dikenakan oleh pelbagai pihak terhadap Rusia ketika ini tidak menghalang kemaraan tentera negara itu, malah lebih ‘maju ke hadapan’.

“Satu dunia lambat menbantu Ukraine, tapi apa yang boleh dilakukan? Peperangan sudah berlaku.

“Pengakhiran dunia berada di sini (peperangan dengan Rusia),” ujarnya.

Selain itu, Zelenskyy turut menggesa NATO melaksanakan zon tidak dibenarkan terbang di ruang udara Ukraine bagi menghalang kemasukan pesawat tentera Rusia. – AGENSI

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.