Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Rakyat sokong libatkan wakil rakyat kempen daftar vaksinasi — Yazid

0

KEPUTUSAN kerajaan Sabah untuk melibatkan kesemua wakil rakyat dan pemimpin akar umbi sebagai  sebahagian jentera kempen pendaftaran vaksinasi Covid-19 mendapat sokongan positif rata-rata rakyat Sabah.

“Satu cadangan yang bijak dan tepat,” Puji Ahli Jawatankuasa STARSABAH Bingkor, Yazid Mohd Hasnan Tawik @ Charles.

Pada Ahad Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan memberitahu media dalam satu persidangan berita bahawa kerajaan bersetuju memberikan tugasan penting kepada kesemua wakil rakyat negeri dan parlimen untuk berkempen bagi menggalakkan proses  vaksinasi berjalan dengan cepat.

Kita sedar bahawa proses pendaftaran vaksinasi di Sabah sangat rendah — Jeffrey

“Kita sedar bahawa proses vaksinasi di Sabah sangat rendah berbanding negeri-negeri lain di Malaysia,” Jeffrey dipetik sebagai berkata sebagaimana yang diterbitkan oleh The Borneo Digest.

Yazid berkata, pembabitan wakil rakyat dalam usaha mempercepatkan proses pendaftaran vaksinasi sangat tepat dengan melihat pemimpin itu lebih rapat dengan rakyat.

“Fungsi penglibatan mereka (wakil rakyat) adalah memberi kesederan kerana mereka lebih dahulu menerima dos vaksin itu,”

“Rakyat mempercayai mereka (Wakil Rakyat) kerana mereka adalah testimoni vaksin itu,” katanya.

Yaziz juga mencadangkan supaya program imunisasi perlu dikembangkan ke kampung-kampung dalam usaha mempercepatkan proses vaksinasi.

Katanya, kaedah itu dilihat lebih berkesan berbanding menggalakkan rakyat mendaftar melalui aplikasi mysejahtera pada ketika masih ramai penduduk tinggal di pelusuk pedalaman yang tidak mempunyai akses capaian internet.

Menjawab satu soalan, Yazid berkata, usaha memerangi Covid-19 perlu diberi keutamaan tetapi pada masa yang sama kerajaan harus melihat perlaksanaan vaksinasi itu secara menyeluruh.

“Memang kita sangat bersetuju untuk mematuhi Standard Operating Procedure (SOP), tetapi usaha mempercepatkan program vaksinasi untuk rakyat perlu diperkasakan bagi kepentingan bersama,” Katanya dan menambah, jika rantaian pandemik itu berterusan akan melumpuhkan sector ekonomi rakyat dan negara.

“Kita lihat kecepatan pemulihan ekonomi negara jiran seperti Indonesia (4.99 peratus) dan Singapura (31.67 peratus),”

“Ini kerana vaksinasi ternyata membantu Kerajaan mengawal Covid-19 dengan lebih cekap dan membolehkan tumpuan diberikan kepada pemulihan ekonomi,” Katanya

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.