Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Rakyat UK berpeluang lihat ISS dengan mata kasar pada malam Krismas

0

LONDON: Penduduk United Kingdom (UK) kini berpeluang menyaksikan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dengan mata kasar ketika ia melintasi ruang udara negara itu dalam tempoh beberapa hari lagi.

Lapor metro.co.uk, orang ramai boleh melihat sekilas stesen angkasa yang mengorbit itu, tidak kira di mana sahaja mereka berada di UK, dengan syarat ketika langit masih cerah.

Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), ISS merupakan objek ketiga paling terang di langit dan mudah dikesan sekiranya individu mengetahui masa yang sesuai untuk melihatnya.

“ISS boleh dilihat dengan mata kasar, ia akan kelihatan seperti pesawat yang terbang laju hanya jauh lebih tinggi dan bergerak ribuan kilometer sejam lebih cepat,” jelas NASA.

Bagi sebahagian besar UK, ISS akan kelihatan pada malam sambutan Krismas selama seminit iaitu pada 04:51 GMT di timur dengan tenggara timur tepat di atas ufuk.

“Penduduk juga dapat menyaksikannya selama kira-kira lima minit pada 06:23 GMT, lebih tinggi sedikit di ruang udara di barat dengan barat daya,” jelasnya.

ISS mengorbit mengelilingi bumi pada kelajuan 27358.848 kilometer sejam, kira-kira 402.3 kilometer di atas permukaan planet itu.

Sementara itu, menurut laporan dikeluarkan NASA, ISS juga akan melintasi semula kawasan sekitar pada pagi hari Krismas.

“Kali ini, stesen angkasa itu akan melintas selama tiga minit pada 05:37 GMT dan selama tujuh minit pada 07:11 GMT.

“Pada setiap penampakan, stesen angkasa itu akan bergerak ke arah timur,” jelas laporan itu.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.