Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Rentas negeri di Sabah Mulai Hari Ini

0

BERMULA hari ini (14 Oktober 2021)  penduduk di negeri Sabah dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas daerah.

Rentas negeri hanya akan bermula 1 November depan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya berpuas hati dengan laporan peratus vaksinasi lengkap di Sabah yang telah melebihi 70 peratus sejak Selesa.

“Selaras dengan itu, kerajaan negeri bersetuju supaya rentas daerah dibenarkan di Sabah mulai 14 Oktober dengan beberapa syarat.

“Antara syarat itu adalah individu telah lengkap divaksin, remaja berusia 12 tahun hingga 18 tahun yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin serta kanak-kanak di bawah 12 tahun ditemani oleh ibu bapa yang telah lengkap divaksin,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Sementara itu, bagi aktiviti rentas negeri pula, Hajiji berkata, kebenaran itu akan berkuatkuasa bermula 1 November depan.

Jelas beliau, kemasukkan ke Sabah bagi aktiviti rentas negeri meliputi lawatan sosial dan pelancongan dibenarkan dengan syarat ditetapkan.

“Pertama, individu telah lengkap divaksin, perlu menjalani ujian Covid-19 RT-PCR atau RTK-Antigen (Swab/Saliva) dalam tempoh tiga hari sebelum perjalanan.

“Selain itu, kerajaan negeri juga membenarkan remaja berusia 12 tahun hingga 18 tahun yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin serta kanak-kanak di bawah 12 tahun ditemani oleh ibu bapa yang telah lengkap divaksin,” tambahnya.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.