Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

PIBG Dan Sekolah Penting Bekerjasama Untuk Kecemerlangan Pelajar

0

KERJASAMA padu ahli Persatuan Ibu bapa dan Guru  (PIBG) adalah medium terbaik dalam memastikan peranan dan fungsi PIBG bersama memastikan kecemerlangan pendidikan dapat dikecapi bersama warga sekolah, ibu bapa dan murid.

Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik berkata, pada era digital masa kini, peranan PIBG telah meluas tidak sekadar mengadakan mesyuarat, gotong-royong tetapi lebih luas terutamanya dalam membantu menjayakan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR) yang sedang dilaksanakan dalam pasca Pelan Pemulihan Negara (PPN) menghadapi pandemik COVID-19.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.40 Bingkor berkata, kerjasama murni ibu bapa dapat membantu warga pendidik mengatasi pelbagai cabaran norma baharu pendidikan terutama apabila berhadapan dengan keperluan kemudahan capaian internet yang masih lagi menjadi cabaran utama.

“Saya yakin dan percaya cabaran dan masalah capaian internet ini berlaku kepada seluruh sekolah dimana sahaja, namun pihak kementerian yang berwajib tentunya sudah mengenal pasti jalan penyelesaian ini.

“Bagi kita ibu bapa saya harap terus berganding bahu menjayakan apa juga program sama ada dilaksanakan secara bersemuka kelak atau secara maya,” jelasnya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Junior Fred Vincent, sempena perasmian mesyuarat Agung Tahunan kali ke-40 Sekolah Kebangsaan Bunga Raya, di sini pada Rabu.

Sementara itu, Guru Besar SK Bunga Raya, Dr. Pranchis Andin berkata warga pendidik sentiasa berusaha dengan kerjasama baik ibu bapa bagi memastikan aktiviti PDPR berjalan mengikut jadual dengan menggunakan pelbagai medium penyampaian yang sesuai.

Pada masa sama, katanya Norma Baharu persekolahan kini telah menjadi amalan semua pihak sebagai usaha pencegahan penularan pandemik COVID-19 selaras dengan arahan dan garis panduan pihak kementerian berkaitan dari semasa ke semasa.

Katanya, mesyuarat yang dilaksanakan dua hala iaitu sebahagian ibu bapa hadir secara maya dan sebahagian lagi bersemuka berjalan dengan lancar mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Pasa mesyuarat itu, Japrin Thomas dipilih semula sebagai Yang DiPertua PIBG SK. Bunga raya sesi 2021-2022. Manakala Matinah Mupin sebagai Setiausaha dan Malinah Mupin sebagai Bendahari dan mengekalkan sebahagian besar AJK kecil 2019-2020.

Sempena majlis itu juga, pihak PIBG SK Bunga Raya menerima sumbangan kewangan daripada Robert yang disampaikan oleh Junior.-

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.