Oleh EKOK AMIN
PASUKAN Veteran Angkatan Tentera (PVTM) Keningau menang bergaya selepas menumpaskan Pasukan Liburu Ranau di kejohanan bola sepak Piala Datuk Anuar Ayub, pada Ahad.
PVTM membawa pulang hadiah RM5000.00 dan stand medal, sementara Liburu RM3,000.00 sebagai naib johan.
Tempat ketiga, Pasukan Worrior dan keempat pasukan TB United.
Zulkifli Ali dari TB United dinobatkan sebagai penjaring terbanyak (7 gol) sementara Saiful George Samih dari PVTM diumumkan sebagai penjaga gol terbaik.
Sementara itu pasukan Liburu Ranau dipilih sebagai pasukan bola sepak terbaik bagi edisi tiga kejohanan itu.