Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Sekolah ditengelami banjir, jalanraya dan jambatan terputus di Nabawan

0
Sebuah rumah antara berpuluh yang terjejas banjir di tiga buah kampung, Pohon Batu, Binanun dan Nangkawangan Nabawan

SEBUAH sekolah antara kemudahan awam yang terjejas teruk bajir di daerah Nabawan pada Sabtu.

“Bekalan air paip graviti, jalanraya terputus dan keseluruhan tiga buah kampung ditengelami banjir,” Peter Jonu Moinjil memberitahu media ketika dihubungi.

Kampung-kampung yang terjejas ialah Pohon Batu, Binanun dan Nangkawangan.

Pegawai aerah Nabawan itu turut memetik beberapa buah rumah di kampung-kampung tersebut terjejas, selain penduduk terkepung dan tidak dapat keluar untuk mendapatkan bekalan makanan serta perubatan disebabkan perhubungan ke tiga-tiga buah kampung itu terputus.

Peter berkata,  Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah sedang menyelaras bantuan barang makan dan air minuman untuk dihantar kepada penduduk kampung yang terlibat.

“Walau bagaimanapun kita mungkin tidak dapat menghantar barang-barang keperluan  lokasi dengan laluan darat kerana laluan terputus,”.

“Jabatan di Bonor dilaporkan putus. Jika keadaan jalan darat tidak boleh dilalui sehingga petang ini, kita akan cuba menghubungi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam Negeri untuk minta bantuan perkhidmatan helikaotor bagi membolehkan barang-barang keperluan terus dihantar kepada mangsa” jelasnya.

Tengahari pada Sabtu kelulusan untuk mendapatkan bantuan helickopter diperolehi daripada kerajaan.

Jabatan Bomba Dan Penyelamat dikerah ke lokasi lokasi untuk kerja-kerja bantuan menyelamat.

Pejabat ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri)  dan UPPM (Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat) Nabawan dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah bergabung untuk menghantar bantuan melalui jalan darat.

 

 

 601 total views,  3 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.