Oleh JOHARI INDAN

KECEWA kerana tidak diberi wang, suami ketagih dadah nekad menikam isterinya dengan sebilah gunting.
“Mangsa berumur 21 tahun dan menerima tiga jahitan,” Kata Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad.
Rohan memberitahu kejadian itu berlaku pada 20 Januari lalu.
Seorang suspek yang merupakan suami kepada mangsa dan ayak kepada anak yang masing-masing berusia dua dan tiga tahun ditangkap ketika menyerah diri di Balai Polis Desa Kencana.
Kes disiasat dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman 10 tahun penjara, denda, sebat atau mana-mana hukuman tersebut jika sabit kesalahan.