Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

TABS Bandaraya Juara Piala Samora 2022

0

Oleh DG HENRY

KOTA KINABALU–TABS Bandaraya menjuarai Kejohanan bola sepak terbuka Kota Kinabalu Piala SAMORA 2022 B12 tahun menewaskan SK Tamu Darat 2-0 pada perlawanan akhir di Stadium Likas pada Ahad.

Pasukan AU FC KL yang menjuarai kategori B11. Turut kelihatan Jelani (empat dari kiri barisan belakang).

Kejohanan itu yang pertama kali diadakan dianjurkan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA).

Dengan kejayaan itu, TABS Bandaraya menerima hadiah wang tunai RM1,000, piala, medal dan sijil manakala naib juara SK Tamu Darat membawa pulang wang tunai RM600, piala, medal dan sijil.

Inter United FC menduduki tempat ketiga setelah mengalahkan Luton P U12 4-2 dalam perlawanan penentuan.

Pasukan itu menerima hadiah wang tunai RM300, piala, medal dan sijil.

Manakala bagi kategori B11, AU FC KL muncul juara juga mengalahkan AT Labuan 2-0 pada perlawanan akhir.

Pasukan dari Kuala Lumpur itu membawa pulang wang tunai RM1,000, piala, medal dan sijil manakala naib juara AT Labuan menerima wang tunai RM600, piala, medal dan sijil.

AT Mastana Melaka memenangi tempat ketiga menewaskan Bumarks United FC 2-0 pada perlawanan penentuan. AT Mastana menerima hadiah RM300, piala, medal dan sijil.

Hadiah-hadiah kemenangan disampaikan Setiausaha Agung SAFA yang juga Pengarah Sabah FC, Datuk Dr Jelani Hamdan dan wakil Majlis Sukan Negara (MSN).

Sementara itu, Timbalan Pengerusi TABS Bandaraya, Lokman Sunggim mengucapkan tahniah kepada pemain dan jurulatih pasukannya yang menunjukkan prestasi baik bagi membolehkan mereka menjuarai kategori B12 kejohanan yang pertama kali diadakan itu.

Katanya, pasukan TABS B12 itu merupakan pasukan di bawah program kerjasama dengan kelab profesional Sabah FC.

“Ini satu permulaan baik bagi pasukan ini yang kami sediakan di bawah program pembangunan Sabah FC susulan pemeteraian memorandum persefahaman dengan kelab tersebut awal tahun ini,” katanya sambil menambah satu lagi pasukan di bawah program berkenaan ialah B17 tahun.

Bagaimanapun, tambahnya, pasukan B17 tersebut masih belum diuji dalam pertandingan kerana tidak kejohanan bawah umur itu dianjurkan di Sabah setakat ini.

 

 

 274 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.