Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Warisan konsisten berjuang hak rakyat Sabah – Kong Fui Sheng

0

KENINGAU (Sabah, Malaysia): Masyarakat Tionghua di Pedalaman Sabah melontarkan pandangan bahawa hanya parti yang konsisten berjiwa Sabah yang selayaknya memimpin negeri Sabah.

Ratusan hadiri program Warisan anjuran Komuniti Cina Warisan Sabah Keningau

“Rakyat Sabah tidak mahu parti yang hanya menjadi kuda tunggangan Kuala Lumpur,” Kong Fui Sheng memberitahu ketika berucap di Majlis Santai Mesra Masyarakat Cina Keningau, di sini pada khamis lalu.

Majlis yang diadakan di sebuah pusat peranginan Keningau itu dihadiri kira-kira  500 orang yang sebahagian besar masyarakat Tionghua dan penduduk setempat.

Naib Presiden Warisan Sabah Datuk Junz Wong yang merupakan Pengerusi Warisan Sabah Chinese Commite dan timbalannya George Hiew turut bersama di majlis yang sangat padat itu.

Naib Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Junz Wong

Ahli Jawatankuasa Komuniti Cina Warisan Sabah itu berkata, PRU (Pilihan Raya Umum) ke-15 adalah waktu untuk rakyat Sabah memilih parti yang benar-benar berjiwa Sabah.

Kong Fui Sheng

Bercakap sinis bahawa pemimpin-pemimpin Sabah hari ini umpama ‘kerbau dicucuk hidung’, Kong menambah, rakyat Sabah memerlukan pemimpin yang berani membuat keputusan untuk masa depan negerinya dan bukan seperti yang berlaku hari ini dimana Kuala Lumpur mengawal pemimpin-pemin Sabah.

Ketika ditemui selepas majlis, Kong dengan tidak menuding sesiapa mendakwa bahawa terdapat pemimpin di Sabah pada sebelum ini lantang memperjuangkan pengusiran PTI (Pendatang Tanpa Izin) sehingga menganjurkan program Black Sunday, tetapi membisu selepas berada dalam tampuk kerajaan.

“.. Dulu pemimpin itu anti parti Malaya, tetapi kini pemimpin itu bersama dengan kompenn parti Malaya,” dedahnya.

Mengulas mengenai kehadiran luar biasa masyarakat Cina di majlis itu, Kong berkata, ia satu lampu hijau bahawa politik masyarakat Tionghua berada ditahap matang.

“Tionghua kini berada dalam komuniti Warisan … masyarakat ini sudah jauh lebih matang berpolitik,” tegasnya dan menambah, dahulunya undi Cina dianggap sebagai ‘nasi tambah’, tetapi kini sebagai penentu.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.