PEMBANTU Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Robert Tawik @ Nordin mahu rakyat di negeri Sabah supaya menjadikan cabaran tahun 2021 sebagai iktibar untuk memulakan kehidupan yang lebih baik pada Tahun 2022/
“Semoga Tahun Baharu 2022 akan menjadi lembaran baharu untuk kita menjalankan kehidupan yang lebih baik berbanding tahun sebelum-sebelum ini,”.
“Teruskan semangat dan usaha untuk memulakan hidup baharu bukan sahaja dari segi norma-norma baharu tetapi juga semangat baharu dalam memulihkan ekonomi keluarga setelah terkesan dengan pandemik COVID-19,” Katanya dalam ucapan Tahun Baharu 2022, dipetik sebagaimana yang diterbitkan melalui laman Facebook peribadinya.
Ahi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor itu berkata, kerajaan telah dan akan melakukan yang terbaik untuk membantu rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19 untuk memulihkan situasi ekonomi keluarga rakyat.
“Semoga kita terus bersemangat untuk menjalankan kehidupan seharian khususnya kepada ibu bapa yang merupakan ketua keluarga untuk menanggung keperluan harian keluarga. Semoga dengan semangat dan usaha yang tuan puan lakukan akan membuahkan hasil dengan limpahan rezeki untuk menampung keperluan keluarga yang tercinta,”.
“Semoga dengan Tahun 2022 ini juga, pelaksanaan kita terhadap SOP pencegahan COVID-19 akan semakin kukuh dan seterusnya membantu memutuskan rantaian COVID-19 di negara ini khususnya di negeri ini,”. Katanya.
Robert mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2022 kepada seluruh rakyat di negeri ini (Sabah), khususnya pengundinya di kawasan Bingkor.
942 total views, 1 views today