Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Tengkorak’ diburu curi rokok berjenama

0

SEORANG lelaki memecah masuk sebuah pasar raya mini di Jalan Gunung Karang, Pandeglang (Banten), dengan memakai kotak dan topeng muka tengkorak bagi melindungi identitinya.

Lapor Detik.com, Ketua Unit Siasatan Jenayah, Polis Pandeg­lang, Fajar Mauludi berkata, suspek memecah masuk premis dari bahagian bumbung dan mencuri berpuluh-puluh kotak rokok berjenama.

Katanya, pemilik premis mengalami kerugian sebanyak 10 juta rupiah (RM2,900) akibat kejadian itu.

Jelasnya, pihak polis masih menjalankan siasatan bagi memburu suspek.

“Kita sudah mendapatkan maklumat daripada pekerja dan pemilik kedai serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Tidak mustahil rompakan ini melibatkan lebih daripada seorang pelaku,” katanya.

 

 

 

 477 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.