GAZA: Kekejaman tentera Israel terhadap rakyat Palestin sudah semakin melampau sehingga tergamak menanam mayat rakyat Palestin yang ditembak mati oleh Zionis menggunakan jentolak.
Rakaman sebuah video terbaru yang dikongsi Al Jazeera Arabic menunjukkan askar Israel menembak mati dua rakyat Palestin yang tidak bersenjata ketika mereka berjalan di kawasan lapang di sepanjang pantai di utara Semenanjung Gaza.
Seorang daripada lelaki berkenaan dilihat melambai sehelai kain putih, untuk menunjukkan bahawa mereka bukan ancaman.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka ditembak dari jarak dekat sebelum mayat mereka ditanam di bawah pasir oleh jentolak tentera Israel. -Al Jazeera