Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Tiga anggota TNI didakwa langgar dan buang mayat dua remaja ke dalam sungai

0

KOMANDAN  Pusat Dasar Ketenteraan Angkatan Tentera, Leftenan Jeneral Tentera Nasional Indonesia (TNI), Chandra Warsenanto Sukotjo berkata, tiga anggota TNI yang terlibat dalam kemalangan di Nagreg, Bandung sudah ditahan pihak berkuasa.

Dalam insiden yang berlaku pada 8 Disember lalu, tiga anggota tentera tersebut menaiki sebuah kenderaan dan melanggar sepasang remaja lelaki dan perempuan.

Ada laporan menyatakan kedua-dua remaja itu didakwa masih hidup, namun cedera parah akibat kemalangan tersebut sebelum mereka dibuang ke dalam sungai

Kedua-dua remaja itu dikenal pasti sebagai Handi Saputra, 18, dan Salsabila, 14, serta jenazah mereka ditemukan di Sungai Serayu, Jawa Tengah selepas dipercayai dibuang oleh ketiga-tiga anggota tentera itu untuk menghapuskan bukti.

“Ketiga-tiga suspek yang terlibat sudah pun ditahan pihak berkuasa dan siasatan akan diteruskan,” kata Chandra.

Dalam pada itu, Chandra tidak menjelaskan motif tindakan ketiga-tiga anggota tentera yang membuang mayat dua remaja tersebut ke dalam sungai selepas melanggar mereka.

Katanya, siasatan masih berlangsung dan pihak berkuasa akan mendedahkan butiran lanjut dalam tempoh terdekat.

Dalam pada itu, polis masih menunggu hasil bedah siasat mayat dua remaja itu bagi melengkapkan siasatan.

Ketiga-tiga anggota tentera tersebut boleh dipenjara minimum tiga tahun sehingga seumur hidup jika disabit kesalahan.

Insiden itu mendapat liputan meluas daripada pelbagai pihak di Indonesia selepas dua remaja itu dilaporkan hilang sebelum jenazah mereka ditemukan dalam sungai.

 

 468 total views,  3 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.