Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Tikus berisiko tinggi jadi pembawa virus Covid-19?

0

TIKUS boleh menjadi pembawa virus seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dengan tanpa gejala (asimptomatik) sekali gus memberi petanda wabak Covid-19 seterusnya boleh berasal dari binatang perosak itu.

Lapor Daily Mail, dapatan itu diperoleh dari kajian penyelidikan Universiti Princeton yang melakukan analisis genomik terhadap pelbagai spesies mamalia dengan melihat secara khusus pada reseptor yang dibawa oleh virus SARS.

Pakar menemui bukti beberapa spesies tikus sebelum ini berulang kali terdedah kepada Covid-19 menyebabkan haiwan itu berkemungkinan mengembangkan tahap rintangan tertentu.

Kajian dijalankan oleh Pakar Biologi Molekuler, Dr. Sean King dan Saintis Komputer, Prof. Mona Singh dari universiti sama.

“Kajian kami menunjukkan tikus yang sudah hidup lama sebelum ini berkemungkinan dijangkiti virus seperti SARS secara berulang kali.

“Ini menimbulkan kemungkinan sesetengah spesies tikus moden mungkin adalah pembawa virus SARS tanpa gejala termasuk yang belum ditemui lagi,” katanya.

SARS-CoV-2 adalah virus yang menyebabkan jangkitan Covid-19 bersifat ‘zoonotik’ bermakna ia berjangkit dari haiwan kepada manusia.

Penyelidikan terdahulu juga menunjukkan kelawar ladam di China mempunyai pelbagai jenis SARS tanpa menunjukkan gejala melampau.

Oleh hal yang demikian, mengenal pasti haiwan yang mungkin mempunyai perlindungan yang sama terhadap jangkitan sedemikian dan boleh berfungsi sebagai takungan virus adalah penting mencegah wabak pada masa depan.

 

 448 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.