SEORANG penduduk Tulungagung, Jawa Timur mempunyai hobi mengumpul benda mistik, aneh dan antik.
Detik melaporkan, beberapa koleksinya cukup aneh termasuk mengumpul tali kain kafan dan keranda.
Malah, Sutarji dari Desa Aryojeding menjadikan rumahnya sebagai muzium mengumpul barang-barang tersebut dan cukup terkenal dalam kalangan penduduk setempat.
“Tali kain kafan ini, semuanya dari orang sini yang meninggal pada hari Selasa kliwon,” katanya.
Jelas Sutarji, niatnya mengumpul tali kain kafan bermula ketika keluarganya yang harus mengaja kuburan selama 40 hari, agar tali itu tidak dicuri.
“Ini kerana sebahagian orang tidak dapat dipercayai. Tali kain kafan orang yang meninggal dunia pada hari Selasa kliwon memiliki kekuatan mistik.
Benda aneh lain yang banyak ditemukan di rumahnya adalah keranda.
Sutarji mengakui memiliki koleksi lima keranda.