Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Tragedi tanah runtuh: Enam mangsa meninggal dunia dikenal pasti

0

PETALING JAYA: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menyenaraikan mangsa yang telah dikenal pasti susulan tragedi tanah runtuh di Jalan Genting Highland – Batang Kali, Hulu Selangor, dekat sini semalam.

Enam daripada 23 mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti melalui proses pengecaman oleh waris atau melalui ujian cetakan cap jari.

Proses bedah siasat yang lain masih dijalankan.

Berdasarkan Laporan Petugas Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikeluarkan pada pukul 11 pagi pada Sabtu, berikut adalah senarai mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Genting Highland – Batang Kali yang telah dikenal pasti:

Disahkan meninggal dunia:

  1. Lim Wei Xin (Dewasa)
  2. Hong Mei Jing (Dewasa)
  3. Nurul Azmani (Dewasa)
  4. Lai Lee Yin (Dewasa)
  5. Tong Kai (Kanak-kanak 9 tahun)
  6. Lai Lee Koo (Dewasa )

Senarai nama mangsa yang dirawat: 

  1. Yam Lee Yen, 41. (Hospital Selayang)
  2. Ng Wei Lun, 13. (Hospital Kuala Kubu Bharu –  Dibenarkan pulang (16 Disember 2022)
  3. Mg Tan, 34. (Hospital Kuala Kubu Bharu – Dibenarkan pulang (16 Disember 2022)
  4. Sandy Cheah, 32. (Hospital Kuala Kubu Bharu –  Dibenarkan pulang (16 Disember 2022)
  5. Tan Ei An, 43. (Hospital Selayang – Masih di wad)
  6. Choo Wai Lun, 34. (Hospital Selayang- Masih di wad)
  7. Ling Zhi Zhuan, 19. (Hospital Kuala Lumpur- Masih di wad)
  8. Loh Teng Shui, 44. (Hospital Selayang – Masih di wad)

 

 285 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.