Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Pemimpin komunis Filipina, Jose Maria Sison meninggal dunia

0

MANILA: Pemimpin komunis Filipina, Jose Maria Sison dilaporkan meninggal dunia semalam pada usia 83 tahun selepas dua minggu menerima rawatan di sebuah hospital di Belanda.

Sison merupakan pengasas Parti Komunis Filipina yang mana sayap tentera, Tentera Rakyat Baru (NPA), pernah melancarkan pemberontakan bersenjata paling lama di dunia.

Lebih 40,000 orang terkorban dalam konflik antara NPA dengan kerajaan Filipina.

Menurut parti dalam satu kenyataan, golongan ‘proletariat’ Filipina dan rakyat bersedih atas kematian pembimbing mereka.

Jurucakap parti itu berkata, Sison meninggal dunia kira-kira pukul 8:40 malam (waktu tempatan), selepas dirawat di hospital di Utrecht.

Bagaimanapun, jurucakap itu tidak menyatakan sebab Sison menerima rawatan.

“Meskipun kita semua berduka atas pemergian beliau, kita berikrar untuk terus memberikan segala keazaman bagi membawa revolusi ke hadapan berpandukan ingatan dan ajaran Ka Joma yang dikasihi rakyat,” jelasnya.

Sison juga sebagai Joma dan Ka bermaksud rakan seperjuangan.

Pemimpin komunis itu tinggal di Eropah sejak akhir 1980-an, selepas dibebaskan dari penjara ketika kejatuhan era Ferdinand Marcos.

Sison diletakkan dalam senarai pengganas Amerika Syarikat (AS) pada 2002, sekali gus menghalangnya daripada melakukan perjalanan ke negara. – REUTERS

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.