KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mendakwa tentera Rusia menyasarkan serangan terhadap kawasan penempatan orang awam.
Katanya, kenyataan Rusia sebelum ini yang menegaskan mereka tidak akan menyerang penduduk, sebaliknya menyasarkan aset ketenteraan Ukraine disifatkan sebagai pembohongan.
“Rusia tegaskan orang awam bukan sasaran mereka, tapi kenapa banyak serangan dilancarkan di kawasan penempatan?
“Ini jelas menunjukkan Rusia hanya menipu dunia dan mereka terus mara di seluruh Ukraine, tanpa memikirkan keselamatan penduduk atau apa sekali pun,” tegas Zelensky.
Dalam pada itu, beliau memuji sikap tidak putus asa pasukan tentera negara iniu, termasuk rakyat yang teguh menentang Rusia.
Beliau menjelaskan, pasukan tentera berjuang habis-habisan untuk mempertahankan tanah air dan jasa mereka perlu dihargai. – AFP