Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Wanita mabuk bakar rumah sendiri dipenjara tiga tahun

0

MAHKAMAH Newcastle Brown mendapati seorang wanita yang berada dalam keadaan mabuk sengaja membakar rumahnya sendiri di Wrekenton, Gateshead, England, 30 Mei lalu.

Wanita itu dikatakan sengaja membakar katilnya semasa dia sedang berbaring di atasnya.

Namun, wanita itu bernasib baik kerana masih hidup selepas diselamatkan oleh dua jiran yang baik hati.

Kebakaran itu dilihat oleh penduduk berhampiran yang bertindak memasuki rumah itu dan membawanya keluar ke tempat selamat sebelum menghubungi perkhidmatan kecemasan.

Perkhidmatan Penyelamat Tyne and Wear bergegas ke lokasi kejadian dan memadamkan kebakaran dalam beberapa minit.

Pemilik rumah itu, Kerry McCrudden didapati mempunyai masalah mental dan dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun kerana sengaja menyebabkan kebakaran.

Detektif Abbie Young dari Balai Polis Northumbria berkata, McCrudden bukan sahaja merisikokan nyawanya dalam bahaya ketika dia mula menghidupkan api di biiknya, tetapi turut merisikokan nyawa individu lain yang datang menyelamatkannya.

“Bagaimanapun, kejadian ini dapat dielakkan sepenuhnya memandangkan McCrudden dengan sengaja menyalakan api.

“Dia kini mesti bertanggungjawab terhadap tindakannya itu,” katanya.-AGENSI

 

 

 

 

 

 129 total views,  3 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.