Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Anak mati di rumah, ibu sibuk membeli-belah

0

TRAGEDI kebakaran sebuah rumah yang meragut dua pasang kembar di selatan London kelmarin mendapat perhatian pelbagai pihak.

Berdasarkan laporan terbaharu, ibu empat kanak-kanak malang itu dikatakan ‘sibuk membeli-belah’, sekali gus didakwa mengabaikan anak-anaknya.

Kyson Bryson, empat tahun dan Leyton dan Logan, tiga tahun bersendirian di rumah di Sutton ketika kebakaran berlaku.

Keempat-empat kembar itu diberikan bantuan pernafasan oleh orang awam dan pasukan paramedik, namun mereka disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Menurut beberapa jiran, ibu mereka, Deveca Rose keluar membeli-belah dan mendapati rumahnya terbakar ketika pulang.

Seorang daripada jiran itu memberitahu, ibu mangsa hanya pulang antara pukul 8.30 dan 9 malam waktu tempatan, sedangkan kebakaran dianggarkan berlaku sebelum pukul 7 malam.

“Rose masih boleh menghisap rokok dan tidak menunjukkan sebarang emosi apabila melihat keadaan rumahnya,” menurut jiran tersebut.

Wanita berusia 27 tahun itu kini ditahan polis bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, datuk kepada empat kembar tersebut, Jason Hoath menyifatkan kematian mereka sebagai amat tragis.

Sementara itu, siasatan bomba mendapati punca kebakaran mungkin berpunca daripada lampu hiasan Krismas yang dipasang

 

 193 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.