Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Anak mendiang Marcos menang besar Pilihan Raya Presiden Filipina

0

MANILA: Anak kepada mendiang diktator Filipina Ferdinand Marcos berjaya mencatatkan kemenangan besar dalam pilihan raya presiden negara itu, hari ini.

Dengan lebih 90 peratus undi sudah selesai dikira, Ferdinand Marcos Jr yang juga dikenali sebagai `Bongbong’ memperoleh hampir 30 juta undi.

Jumlah itu dua kali ganda melebihi undi diperoleh pesaingnya, calon liberal, Leni Robredo.

Kemenangan Marcos Jr bakal mengembalikan keluarga itu ke tampuk kuasa, hampir 36 tahun selepas hidup dalam buangan susulan kebangkitan `kuasa rakyat’ pada 1986.

Kira-kira 67 juta penduduk berdaftar untuk mengundi semasa proses pengundian yang berlangsung selama 13 jam.

Keputusan rasmi dijangka diumumkan dalam tempoh beberapa minggu lagi. – AFP/AGENSI

 

 570 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.