Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Mayat remaja lemas di Pegalan Keningau ditemui di Beaufort

0

Oleh ROSANNA EDEZA

MAYAT Al Sharil, 16, remaja lelaki yang dilaporkan dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Pegalan berhampiran  Kg. Durok Keningau pada Sabtu lalu ditemukan terapung di Sungai Padas, 100 kilometer dari lokasi kejadian pada Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Mohammad Hasbullah Nenggok ketika dihubungi memberitahu, mayat remaja itu ditemui oleh orang awam terapung di Sungai Padas, sungai kedua terpanjang di Sabah berhampiran Kg. Labi Gadong, kira-kira jam 5 petang pada Selasa.

Mohammad Hasbullah Nenggok memberitahu, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan itu kira-kira jam 5 petang pada Selasa.

Katanya, seramai empat anggota BBP Beaufort dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 15 kilometer dari balai.

“Anggota bomba kemudian membantu mengangkat mayat berkenaan sebelum diserahkan kepada pihak polis.

“Mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Beaufort untuk tujuan pengecaman dan operasi ditamatkan pada jam 8.55 malam,” katanya.

Laporan kehilangan mangsa yang dikhuatiri lepas kepada pihak keselamatan dibuat pada Sabtu, selepas didapati tidak kembali ke tebing ketika mandi bersama kelurga di Sungai Pegalan.

 382 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.