
WASHINGTON: Menteri Luar Iran berkata pemimpin tertinggi negara itu masih hidup, bersama semua pegawai kanan, selepas Israel dan Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan di seluruh negara itu pada Sabtu.
Menteri Luar, Abbas Araghchi, memberitahu NBC News bahawa pemimpin tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei, masih hidup “setakat yang saya tahu”, dalam wawancara dari Tehran dengan saluran media AS itu, sambil menambah bahawa “semua pegawai kanan masih hidup.”
Araghchi berkata beliau telah berhubung dengan negara-negara Teluk dan “menjelaskan kepada mereka bahawa kami tidak berniat untuk menyerang mereka tetapi sebenarnya menyasarkan pangkalan AS sebagai tindakan mempertahankan diri.”
Beliau berkata walaupun tiada komunikasi dengan Washington ketika ini, “jika pihak AS mahu berbincang dengan kami, mereka tahu bagaimana untuk menghubungi saya. Kami sememangnya berminat untuk meredakan ketegangan.” – AFP
![]()