Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Colombia lebur rekod sempurna Brazil

0

MONTEVIDEO: Kepulangan semula Neymar gagal memberi inspirasi buat Brazil melakar kemenangan, sebaliknya mereka diikat 0-0 oleh Colombia dalam kelayakan Piala Dunia 2022 zon Amerika Selatan, sebentar tadi.

Keputusan itu meleburkan rekod sempurna skuad Selecao yang memenangi sembilan perlawanan pertama kelayakan dengan meledak 22 gol dan mengetuai carta Amerika menerusi kelebihan lapan mata sebelum sepak mula.

Skuad kendalian Tite itu bagaimanapun hampir pasti layak ke Qatar tahun depan selepas meninggalkan pasukan tangga kelima, Colombia dengan kelebihan 13 mata.

Empat pasukan teratas layak secara automatik ke Piala Dunia 2022.

Brazil bermula baik dan menguasai awal permainan apabila Neymar melakukan rembatan yang diselamatkan David Ospina berdekatan penjuru.

Lucas Paqueta menguji penjaga gol itu sekali lagi dari jarak jauh yang sepatutnya mampu meletakkan pelawat di depan.

Hantaran Neymar memberikan peluang buat Paqueta berdepan satu lawan satu dengan Ospina tetapi bola tersasar. – AFP

 

 171 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.