Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Xavi sedia ambil alih Barcelona

0

QATAR: Legenda Barcelona, Xavi Hernandez bersedia untuk mengambil alih bekas pasukannya selepas tekanan semakin memuncak terhadap Ronald Koeman.

Bekas pemain tengah itu yang kini sedang mengendalikan pasukan Al-Sadd berkata, dia sangat gembira dengan apa saya pendekatan skuad The Catalan itu untuk mendapatkan khidmatnya.

“Apa sahaja tawaran akan dinilai dan keputusan akan diberikan,” kata Xavi.

Sebelum ini, Presiden Barcelona, Joan Laporta berdiam diri mengenai cadangan untuk memberi jawatan itu kepada bekas kapten kelab gergasi Sepanyol tersebut.

Luis Suarez juga sebelum ini mengingatkan Xavi untuk tidak mengambil tanggungjawab itu kerana ia akan menjejaskan reputasinya di Camp Nou.

Mengulas mengenai aksi final di antara Perancis dan Sepanyol, Xavi percaya pengendali  Luis Enrique mempunyai kelebihan tersendiri.

“Dia sangat bagus dan berkebolehan. Pemain akan melakukan yang terbaik kerana dia adalah jurulatih yang berani.

“Saya melihat diri saya dalam cara permainan Sepanyol. Cara permainan yang sudah sebati sejak sekian lama. Mereka lebih dominan semasa memegang bola dan kelihatan seperti mahu menyerang,” katanya.-AGENSI

 

 80 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.