Oleh DG HENRY

WALAUPUN sibuk di hari pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri, namun Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Flovia Ng meluangkan masa untuk memberi penghormatan terakhir kepada seorang warga kerja kementerian, mandiang George Bin Sipul yang meninggal dunia pagi tadi.
Mandiang merupakan pemandu kepada Setiausaha Tetap Kementerian selama 26 tahun dan pekerja yang sangat didikasi sepanjang hayatnya.
Isteri manding, Dulika Gilob dari Kg. Panoi Keningau dan merupakan rakyat di bawah jagaannya di Dewan Undangan Negeri Tulid.
Flovia bersama rakan sekerjanya Datuk Julita Majungki (Pembantu Menteri I Kementerian) memberi penghormatan terakhir kepada mandiang kira-kira jam 9.30 malam tadi.
“Kali terakhir saya bersama mandiang ialah pada sambutan raya yang lalu .. dia (mandiang sumbangkan lagu lagi,”.
“Saya sangat sedih kerana tidak dapat menghadiri upacara pengkebumiannya esok (Selesa) kerana hari persidangan yang kedua,” katanya.
Flovia dan Julita berada beberapa jam di rumah mandiang untuk memberi sokongan kepada keluarga.
![]()