Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Jenazah Rayan mungkin dikebumi hari ini

0

JENAZAH kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang maut selepas terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter, Rayan Oram mungkin dikebumikan hari ini.

Keluarganya belum mengumumkan mengenai jangkaan jenazah kanak-kanak itu bakal dikebumikan, namun sumber terdekat memaklumkan ia akan dilakukan secepat mungkin.

Kematian Rayan diratapi masyarakat di seluruh dunia termasuk para pemimpin.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron menerusi Facebook menulis ‘Saya ingin maklumkan kepada keluarga Rayan, kami bersama anda dalam mengharungi saat sukar ini’.

Pemain bola sepak AC Milan, Ismael Bennacer pula menulis ‘keberanian Rayan akan kekal dalam memori kami, sekali gus menjadi inspirasi buat kami’.

Raya disahkan meninggal dunia ketika operasi menyelamat dan mengeluarkannya giat dilakukan sejak dia terjatuh ke dalam perigi tersebut pada Selasa lalu. – AFP

 

 114 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.