Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Jokowi sapa rakyat Indonesia di Jerman

0

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) sempat bersiar-siar dan bersalaman dengan rakyat negaranya yang berada di sekitar hotel tempat beliau bermalam pada hari kedua lawatannya ke Hannover, Jerman semalam.

Sekitar pukul 10.40 pagi waktu tempatan, Jokowi kelihatan berjalan keluar dari hotel diiringi Menteri Badan Usahawan Milik Negara (BUMN) Erick Thohir; Menteri Pelaburan, Bahlil Lahadalia; Setiausaha Kabinet Pramono Anung, dan Duta Besar Indonesia ke Jerman, Arif Havas Oegroseno.

Menurut kenyataan bertulis dari Sekretariat Presiden, Jokowi kelihatan menikmati udara pagi  musim bunga yang sejuk di Hannover sebelum terserempak rakyat Indonesia dan gembira beramah mesra dengan mereka.

Beliau sempat menyapa, berbual dan bergambar dengan rakyatnya yang berkelana di negara itu sebelum kembali ke hotel tempat beliau bermalam dan meneruskan beberapa acara yang dijadualkan pada hari tersebut.

“Pada sebelah petang, Jokowi dijadual mengadakan mesyuarat perniagaan dengan beberapa syarikat Jerman,” kata kenyataan itu.

Jokowi diiringi isterinya, Iriana kemudian menuju ke Dewan Bandaraya Hannover untuk menandatangani State Capital Golden Book.

Presiden Indonesia itu dilaporkan menghadiri pembukaan Hannover Messe 2023 bersama Canselor Jerman, Olaf Scholz di Hannover Congress Centrum (HCC).

Pada sebelah malam, Jokowi menuju ke kediaman rasmi kerajaan Lower Saxony untuk mengadakan pertemuan dua hala dengan Olaf sebelum diakhiri dengan jamuan makan malam.-AGENSI

 

 

 

 298 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.