Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Ramli Sarip, Marsha adakan persembahan Di SICC 1 Mei Ini

0

Oleh DG HENRY

KOTA KINABALU (Sabah, Malaysia): Penyanyi tersohor, Ramli Sarip akan menjayakan persembahan pada majlis makan malam amal 2023 “Sentosa Di Kubah Hayat” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 1 Mei mulai 7.00 malam.

Majlis itu anjuran Yayasan Dangsanak Sabah (YDS) dan akan diuruskan oleh SR Event Sdn Bhd dan DVA Event and Management.

Jurucakap penganjurnya, Sapdin Ibrahim hari ini berkata, penyanyi Marsha M. Londoh merupakan artis undangan Ramli ketika mengadakan persembahan itu.

Katanya, meja yang mengandungi 10 orang akan dijual dengan harga RM5,000, RM3,000 dan RM2,000.

Manakala tiket-tiket perseorangan bernilai RM500, RM300 dan RM200 untuk menyaksikan persembahan malam itu kini sedang dijual, tambahnya.

Untuk tempahan dan pertanyaan boleh menghubungi talian 019-8523476, 012-5893155 dan 011-11209950.

Sapdin seterusnya mempelawa orang ramai dan peminat hiburan membeli meja untuk makan malam amal berkenaan selain boleh mendapatkan tiket-tiket perseorangan.

 591 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.