Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Kaki pancing di Kanada terkejut kemunculan ikan gergasi

0

 

SEEKOR ikan gergasi seberat 158 kilogram tiba-tiba melompat keluar dari permukaan sungai, mengejutkan seroang kaki pancing yang  sedang bertungkus lumus menarik mata kailnya yang sedang disentap  di  Sungai Fraser, British Columbia (Kanada).

Lapor New York Post, kejadian berlaku ketika pemancing berusaha menarik alat pancingnya ke atas dan rakannya sedang merakam video di atas bot.

Tiba-tiba, seekor ikan sturgeon bersaiz besar melompat keluar dari air sehingga menyebabkan pemancing lain terkejut.

Yves Bisson berkata, ikan itu berkemungkinan sudah berusia 50 tahun dan dia melepaskan kembali ke dalam sungai.

Peristiwa itu sangat jarang terjadi dan mendapat perhatian dalam media sosial.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.