Oleh EKOK AMIN

MENTERI Belia dan Sukan Sabah Datuk Elron Angin berkata, kejohanan bola sepak inisiatif terbaik sebagai pendedahan untuk bergiat aktif dalam sukan.
“Ini adalah laluan awal untuk aktif dan menonjolkan bakat dalam sukan paling popular ini,”.
“Di Pensiangan banyak bakat-bakat besar dalam sukan bola sepak, yang boleh diasah dan dilentur, justeru kejohanan ini adalah salah satu medan utama bagi mereka yang berminat untuk mengasah bakat”, Katanya ketika berucap di Majlis Penutupan Kejohanan Piala Belia Pensiangan.
Kejohanan itu anjuran PMM SIB Kawasan Nabawan, Komuniti Belia Gereja-Gereja Pensiangan dan Mahkamah Anak Negeri Mukim Pensiangan yang berlangsung selama tiga yang bermula pada 3 hingga 5 Febuari (Sabtu).
Menteri itu mahu supaya warga belia di daerah itu merebut peluang yang diberikan untuk mengasah bakat dalam sukan tersebut.
Pasukan Belia Pensiangan mengunguli kejohanan itu selepas menewaskan Pasukan Salarom A, selain dinobatkan pasukan terbaik dengan kejayaan menundukkan 16 pasukan sepanjang kejohanan.
Pasukan wanita diungguli oleh Salinatan selepas menewaskan Sakali Star .
Penyampaian hadiah dan trofi disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin yang turut menyaksikan perlawanan akhir kejohanan itu.
Menghadiri majlis itu ialah Ketua Anak Negeri Mukim Pensiangan Atar Andipoh, Wakil-waki Ketua Anak Negeri Mukim Pensiangan, Ketua-ketua Kampung serta pemimpin setempat.
Ketika berada di daerah itu, Ellron turut menyempurnakan Program Bersama Rakyat di Bangsal Pensiangan selain sempat menyantuni rakyat di beberapa kampung di situ.
Keputusan rasmi kejohanan bola sepak Piala Pensiangan; Pasukan Lelaki – Johan: Belia Pensiangan, Naib Johan: Salarom A, Tempat Ketiga : Salarom B,Tempat Keempat : Mambu Fc, Pasukan Wanita; Johan: SalinatanNaib Johan: Sakali Star,Tempat Ketiga: Pekan Pensiangan & Sibangali B.