Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Pertemuan Keningau dengan Tambunan Titian perkasa silaturahim – DO Keningau

0
Pegawai Daerah Keningau Walter Kenson dan Pegawai Daerah Tambunan Jumain Abdul Ghani mengabadikan gambar kenangan sebelum kedua-duanya berentap di padang

WALAUPUN tumpas 3 – 2 kepada pasukan Sinurambi United Tambunan, namun pasukan tuan rumah HOD Keningau Fc menyifatkan ia satu titian untuk memperkasakan silaturahim antara daerah Keningau dan Tambunan dalam konteks memacu pembangunan di kedua-dua daerah itu dengan lebih berkesan.

Pegawai Daerah Keningau Walter Kenson dengan aksi menarik di padang

Pegawai Daerah Keningau Walter Kenson memberitahu The Borneo Digest bahawa pertemuan kedua-dua daerah itu melalui perlawanan bola sepak persahabatan mencapai matlamat dan sasaran.

“Kita dapat beramah mesra dengan kakitangan kakitangan pejabat Tambunan  .. ini lah semangat yang kita perlukan sebagai agensi kerajaan supaya Keningau dan Tambunan dalam satu Parlimen yang sama boleh bekerjasama dengan erat supaya kita boleh memacu pembangunan di daerah pedalaman ini,”.

“Tuan rumah (HOD Keningau Fc} terhibur dengan pertemuan ini .. mencabar tetapi menyoronokkan,”

“Selepas ini nanti kita akan adakan kunjungan timbal balas  .. team daripada Keningau akan ke Tambunan untuk membuat perlawanan persahabatan di sana,”. Katanya.

Perlawanan persahabatan yang berlangsung di padang Kompleks Sukan Keningau itu  menyaksikan kedua-dua Pegawai Daerah, Walter Kenson Keningau dan Jumain Abdul Ghani turut beraksi di padang.

 

 

 1,181 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.