KYIV: Kira-kira 300 mayat dikebumikan di sebuah tapak perkuburan besar di bandar Bucha, barat laut Kyiv, Ukraine.
Perkara itu disahkan oleh Datuk Bandar Bucha, Anatoly Fedoruk selepas tentera Ukraine merampas semula bandar utama itu daripada pasukan tentera Rusia.
“Di Bucha, kami sudah mengebumikan kira-kira 280 mayat di tapak perkuburan besar,” kata Fedoruk kepada AFP ketika dihubungi.
Menurut beliau, mayat bergelimpangan di sekitar jalanan di bandar itu yang musnah teruk akibat serangan tentera Rusia.
“Semua mangsa ini dimaut ditembak di belakang kepala mereka,” katanya.
Jelas Fedoruk, mangsa terdiri daripada lelaki dan wanita malah beliau turut menemukan mayat seorang remaja berusia 14 tahun.
Sementara itu, Al Jazeera melaporkan Fedoruk turut mengesahkan menemukan sekurang-kurangnya 22 mayat di jalanan di Bucha.
Katanya, pihaknya tidak dapat mengalihkan mayat di jalanan tersebut kerana bimbang tentera Rusia merampas mayat berkenaan. – AGENSI