Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Letusan gunung berapi Indonesia: Lebih 2,000 penduduk dipindahkan

0

MAUMERA: Lebih 2,000 penduduk dipindahkan ke pusat perlindungan sementara di tengah-tengah siri letusan gunung berapi di timur Indonesia.

Perkara itu dimaklumkan oleh pegawai tempatan.

Menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), Gunung Lewotobi Laki-Laki di wilayah Nusa Tenggara Timur meletus beberapa kali sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Ia termasuk letusan semalam yang memuntahkan abu gunung berapi sejauh 1.5 kilometer (km).

Agensi itu merekodkan satu lagi letusan dari Lewotobi Laki-Laki hari ini, namun ia tidak mengeluarkan abu dari gunung berapi.

Pegawai daerah Flores Timur, Benediktus Bolibapa Herin berkata, abu gunung berapi daripada letusan baru-baru ini menjejaskan dua daerah kecil berhampiran gunung Lewotobi Laki-Laki.

Kejadian itu juga menyebabkan lebih 2,200 penduduk berpindah ke pusat perlindungan sementara yang ditubuhkan oleh kerajaan tempatan.

“Kira-kira 1,931 penduduk dipindahkan di daerah Wulanggitang dan 328 lagi di daerah Ile Bura.

“Bilangan penduduk yang dipindahkan boleh meningkat memandangkan lebih ramai orang melarikan diri akibat letusan gunung berapi itu.

“Disebabkan peningkatan aktiviti Gunung Lewotobi Laki-Laki, penduduk harus dipindahkan ke kawasan selamat untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

 

 62 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.